Lesen Emraz digantung MOTAC

Lesen Emraz digantung MOTAC

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing memutuskan untuk menggantung lesen Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.

Dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, penggantungan lesen syarikat ini adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu menjalankan perniagaan mengikut cara memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.



Katanya, dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

“Syarikat tersebut dikehendaki mengambil tindakan memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen, ” katanya hari ini.

Sebelum ini, pada 2 April lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi syarikat sama sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.



Menurut kenyataan TH, keputusan ini diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut. Utv

Lesen Emraz digantung MOTAC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker