ChatGPT mudahkan pelajar ulang kaji pelajaran
ChatGPT mudahkan pelajar ulang kaji pelajaran
Perisian Artificial Intelligence (AI) Chatbot, ChatGPT, semakin menjadi pilihan pelajar ketika ini berikutan keupayaannya membantu memendekkan masa menyiapkan tugasan, selain sebagai rujukan pengajian.
Pelajar Tahun Tiga Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Faris Danial Mohd Faizal, 22, berkata ChatGPT bukan sahaja membantu mengurangkan beban membuat nota ringkas, malah memberi pilihan untuk belajar kemahiran yang baharu seperti ui design.
“Ia menyediakan set proses pembelajaran dan juga progres yang lengkap. Jika kurang faham dengan apa dipelajari dalam dewan kuliah atau kelas, saya boleh tanya kepada ChatGPT untuk ringkasan topik pembelajaran,” katanya yang mengetahui mengenai aplikasi itu daripada komuniti peminat teknologi.
Pelajar sekolah menengah, Ku Noor Amilya Natasya Ku Amir, 17, berkata ChatGPT membantunya mengulang kaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sedang berlangsung ketika ini.
“Subjek dalam buku teks dan nota adalah baik, tetapi dengan ChatGPT saya boleh bertanyakan soalan khusus mengenai sesuatu subjek.
“Sebagai contoh, saya menggunakan ChatGPT ketika mengulang kaji subjek biologi. Saya bertanya kepada Chatbot, ringkasan mengenai aliran darah dalam sistem jantung manusia dan juga soalan ringkas seperti tarikh penting dalam sejarah.
“Dengan menggunakan ChatGPT, saya tidak lagi perlu membawa buka ke mana-mana, sebaliknya cukup dengan telefon pintar sahaja.
“Saya pasti akan menggunakan teknologi ini dalam pengajian di peringkat lebih tinggi nanti,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Herry Mohd Nasir, berkata ChatGPT memberi dimensi baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
“Pendidik dan pelajar perlu memahami secara umum kehadiran teknologi ChatGPT ini. Sebagai pendidik, pastinya kreativiti pengajaran perlu diinovasikan seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini.
“Pelajar pula, mereka perlu mempelajari kehadiran teknologi canggih ini dan disesuaikan dengan kaedah pembelajaran.
“Namun, teknologi ini perlu digunakan dengan penuh integriti dan beretika,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Herry berkata, penggunaan teknologi seperti ChatGPT juga meningkatkan kreativiti pelajar, khususnya, dalam memberi soalan bagi mendapatkan jawapan yang jitu.
Pada masa sama, katanya, kaedah penilaian juga perlu dipelbagaikan supaya tidak menghukum pelajar dengan skema yang statik.
“Teknologi mampu menjadikan seseorang itu bertambah kreatif, berbanding generasi kurang berfikir atau generasi ‘cut and paste’,” katanya. BH
ChatGPT mudahkan pelajar ulang kaji pelajaran
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga
You must be logged in to post a comment.