“Anju, saya akan jumpa ayah awak esok dan siap awak,” – Datuk Seri Khazrul Elzey
Kemelut antara pelakon, Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey nampaknya hampir selesai apabila mereka sudah saling berkomunikasi dengan baik.
Malah ahli perniagaan itu memaklumkan akan bertemu dengan bapa kepada Zarina atau Anju esok bagi mencari kata sepakat berhubung ikatan pertunangan mereka.
“Hari ini dia ada mesej saya dan saya pun ada bagi balasan. Apa yang kami bincangkan itu saya rahsiakan dulu.
“Anju, saya akan jumpa ayah awak pada 17 Februari ini (esok) dan saya akan bagi tahu ayah awak, siap awak,” ucapnya dalam nada bergurau menerusi TikTok.
Pada masa sama, lelaki berusia 45 tahun itu meminta orang ramai mendoakan kata sepakat yang bakal diambil nanti berlangsung dengan baik.
“Saya akan berjumpa ayah Anju dan berbincang dengan dia. Keputusan untuk kami. Doakan yang baik-baik buat kami, semoga semuanya berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Khazrul dalam perkongsian sama turut mengingatkan wanita yang pernah dipanggil dengan gelaran mama itu supaya tidak lagi mendedahkan hal peribadi kepada umum.
Sambil memuji, dia tidak ketinggalan menasihatkan Zarina jangan lagi ‘meroyan’ dalam media sosial, sebaliknya mengadu kepada Allah andai berada dalam kekusutan.
“Semoga kamu sukses. Saya doakan kamu berjaya teruskan buat live (siaran langsung) untuk kamu punya produk. Kamu adalah pempengaruh terbaik dalam media sosial.
“Jangan cakap pasal saya lagi ya. Awak jangan ‘meroyan’. Jadi Anju nanti kita jumpa pada 17 Februari ini. Tenang, solat dan sentiasa sebut nama Allah, zikir, selawat ke atas Nabi,” tambahnya.
Enggan melihat konflik mereka menjadi tontonan umum, Khazrul berharap masing-masing menjaga aib dalam berdepan isu yang sepatutnya diselesaikan secara bersama.
“Kita muhasabah diri, berubah dan tak perlu cerita masalah diri pada orang lain. Itu kan lebih baik. Jaga aib, itu yang penting,” katanya lagi.
Malah tanpa berselindung, usahawan berstatus duda itu mendedahkan menyayangi Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dengan sepenuh hati.
“Dia kata dia sayang saya, saya lagi sayang dia. Saya sayang dia. Sampai botak kepala saya,” luahnya.
Gelagat Anju, 35, menerusi video yang dimuat naik pembantu peribadinya turut menarik perhatian apabila dia kelihatan tersipu-sipu ketika mendengar pengakuan Khazrul.
Sejak minggu lalu, pasangan itu yang sebelum ini dilihat romantis saling berbalas kenyataan menerusi laman sosial hingga mendedahkan ikatan pertunangan mereka sudah putus.
Situasi tersebut tercetus selepas pelakon itu berkongsi hantaran gambar bersama kapsyen, ‘Broken (remuk) tapi masih bertahan’, selain memadam gambar tunang dalam Instagram dan TikTok.
Terdahulu, pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh akan disatukan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri
- ‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
- MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian
- Jimat kos jika tempoh haji pendek
- KJ mulakan tugas sebagai DJ di Hot FM, menang ‘selfie’, kalah undi
- Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi
- Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen
- Rohingya kembali ‘jajah’ Pasar Borong Selayang, PBT pergi mana? [VIDEO]
- Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)
- Raysha Rizrose sudah bertunang
- Isteri saman, tuntut cerai suami sembunyikan kemenangan loteri RM6.4 juta
- Ira Kazar dan keluarga berhadapan dengan prosiding hina mahkamah oleh Puteri Sarah
- Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET