Rihanna umum hamil di persembahan Super Bowl Halftime 2023

Rihanna mengumumkan berita kehamilannya ketika membuat persembahan di Super Bowl Halftime 2023 pada Ahad. – Foto IG Rihanna

LOS ANGELES – Penyanyi terkenal Rihanna mengumumkan berita kehamilannya ketika membuat persembahan di Super Bowl Halftime 2023 pada Ahad.

Pelantun lagu Umbrella berkenaan mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan zip pada jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar

Rihanna membuka persembahan dengan lagu B**** Better Have My Money dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa penampilannya bersama penari lain.

Menurut People, wakil pengurusan Rihanna turut mengesahkan berita gembira itu.



Terdahulu, pemenang Grammy dan kekasihnya, penyanyi rap Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Mei 2022.

Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.

Sebelum ini, A$AP Rocky dikatakan berlaku curang dengan Rihanna apabila dia didakwa mempunyai hubungan sulit dengan pereka kasut jenama Fenty yang dikenali sebagai Amina Muaddi. – Awani

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker