Polis guna tali pinggang libas suspek curi harta mangsa gempa bumi

Kesemua suspek dibelasah menggunakan tali pinggang secara berulang kali. – Twitter

ANKARA  – Tindakan anggota polis membelasah suspek kes kecurian ketika Turkiye bergelut dengan bencana gempa bumi mendapat kecaman pengguna media sosial dengan ada yang menyifatkan aksi mereka sebagai ‘gasar dan tidak bertamadun’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video yang  tular di laman Twitter, sebilangan lelaki dipercayai anggota polis,  dilihat memukul beberapa individu menggunakan tali pinggang.

Dua daripada lelaki yang dibelasah itu hanya memakai seluar dalam,  manakala seorang lagi  hanya memakai pakaian dari paras pinggang ke bawah ketika mereka berulang kali dibelasah dengan tali pinggang.

Ketiga-tiga mereka  meraung kesakitan dan merayu agar tindakan itu dihentikan.

“Gempa bumi di Turkiye menyebabkan penduduk setempat cuba merompak kedai ketika ketiadaan pihak berkuasa dan polis,” demikian menurut laman berita Noel yang memuat naik video tersebut.

Turkiye kini  bergelut untuk mencari mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda pada 6 Februari lalu.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mencari rakan sekerjanya di tengah-tengah runtuhan bangunan di Antakya memberitahu agensi berita Reuters: “ Orang ramai memecahkan tingkap dan pagar kedai serta kereta.”

Selain kes kecurian, pertempuran antara kumpulan bersenjata dilaporkan berlaku di beberapa kawasan ketika ketegangan meningkat berikutan bekalan makanan yang tidak mencukupi.

Seorang jurucakap tentera Austria yang membantu menyampaikan bekalan makanan  kepada mangsa gempa berkata, pertempuran berlaku antara beberapa kumpulan di wilayah Hatay sekali gus memaksa operasi menyelamat dihentikan berikutan ancaman keselamatan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker