Pandemik selsema burung bakal melanda

Pandemik selsema burung bakal melanda

WASHINGTON – Beratus-ratus ekor singa laut di Amerika Selatan, ladang mink atau cerpelai di Benua Eropah dan lebih 58 juta unggas ternakan mati akibat wabak selesema burung yang menular pantas di seluruh dunia.

Menurut saluran berita NBC News, jangkitan virus itu telah membunuh ribuan haiwan liar dan haiwan ternakan, mengganggu ekologi dan menjejaskan bekalan makanan.



Kesihatan manusia berkait rapat dengan kesihatan haiwan dan peristiwa itu menjadi peringatan bahawa wabak yang menjangkiti haiwan mungkin memberi kesan ke atas manusia.

Di Amerika Syarikat (AS), gelombang selesema burung terbaharu menjejaskan 17 spesies mamalia dan lebih 160 ekor unggas. Ia merupakan wabak H5N1 yang paling meluas sejak muncul di China pada 1996.

Virus H5N1 diawasi rapi oleh para saintis lebih-lebih lagi apabila kini ia mula merebak lebih jauh dan meluas.

“Ini adalah virus yang berpotensi mencetuskan pandemik paling utama yang dipantau orang ramai sejak sekian lama,” kata penyelidik penyakit berjangkit di Hospital Penyelidikan Kanak-Kanak St. Jude, Tennessee, Richard Webby, yang juga merupakan Pengarah Pusat Kolaborasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Kajian Tentang Ekologi Influenza dalam Haiwan dan Burung.



Tambah ahli virologi di Fakulti Perubatan Universiti Emory, Profesor Madya Anice Lowen, penyelidik amat mengambil berat mengenai varian selesema H5N1 kerana kebanyakan manusia tidak pernah menanganinya sebelum ini.

“Kita tidak mempunyai tindak balas imun terhadap H5. Disebabkan itu, virus tersebut mempunyai potensi pandemik,” katanya.

Para saintis turut merekodkan statistik kadar kematian yang tinggi dan penyakit teruk pada ayam serta mamalia yang dijangkiti H5N1. Mereka bimbang virus itu boleh mencetuskan penyakit yang teruk pada manusia juga. K Online

Pandemik selsema burung bakal melanda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker