Hapuskan caj RM1 ATM tidak akan menjejaskan bank

Pihak bank tidak akan terjejas dari segi keuntungan sekiranya caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna melalui transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapus atau dikurangkan.

Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, bank-bank tempatan ini sudah mempunyai keuntungan yang tinggi dan sekiranya caj RM1 dihapuskan atau dikurangkan, ia tidak memberi masalah kepada pihak pengurusan serta sistem mereka.

“ATM terbahagi kepada tiga iaitu milik bank tempatan itu sendiri, milik bank berbeza yang digunasama serta ATM di bawah Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS).



“Untuk ATM milik bank sepatutnya tiada caj dikenakan kepada pengguna, sama juga ATM bank lain gunasama dan jika tidak mampu untuk hapuskan keseluruhan caj mungkin boleh diturunkan kepada 50 sen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, kerajaan yang mentadbir ketika ini perlu memainkan peranan dalam mendengar luahan rakyat terutama golongan terkesan dengan meminta supaya institusi perbankan Malaysia melupuskan kadar caj tersebut atau mengu­rangkannya kepada 50 sen.

“Ini kerana pada masa sekarang bank telah dibantu de­ngan kadar faedah yang tinggi, maknanya bank boleh buat duit daripada memberi pinjaman selain fokus kepada penjanaan melalui caj penggunaan ATM.

“Maka dalam keadaan sebegini bank boleh buat untung jika memberikan pinjaman, jadi fokuslah kepada pemberian pinjaman berbanding membuat keuntungan melalui caj ATM.



“Kita ambil contoh di Pakistan, caj ATM di sana hanya 24 sen, manakala di Dubai tiada caj kepada pengguna,” ujarnya.

Katanya, dalam keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tinggi, kadar faedah bank turut meningkat dan membuka peluang untuk bank membuat keuntungan daripada pinjaman pengguna seperti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi.

Menerusi laporan yang dikeluarkan sebuah bank tempatan, pendapatan operasi bersih bagi pihaknya pada tahun 2022 meningkat sebanyak 20.6 peratus apabila berjaya mencecah RM7.41 bilion.

Semalam, Kosmo! melaporkan, banyak pihak menggesa caj RM1 penggunaan ATM dihapuskan kerana ia membebankan pengguna dan dianggap seperti ‘rompakan’ secara terang-­terangan.



Pada masa sama, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam memberitahu, pihaknya akan mengemukakan surat rayuan kepada kerajaan supaya memansuhkan caj RM1 ATM

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker