Denti, Frankie diterbangkan ke Turkiye untuk misi SAR

Denti, Frankie diterbangkan ke Turkiye untuk misi SAR

Selepas 55 hari tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Denti dan Frankie semalam diterbangkan ke Turki untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian gempa bumi.

Turut diterbangkan bersama mereka adalah bola tenis iaitu ‘reward’ (ganjaran) kepada hero berkaki empat itu, yang diberi jika usaha mereka berhasil di lokasi SAR, kata pengendali Denti (baka Labrador), Tony Albert Mani, 29.

“Kita ada bawa ‘reward’ ke sana. Ya betul, ia berupa bola tenis. Kita akan beri ‘reward’ tersebut dekat pangkalan kita lepas sesi SAR selesai,” ujarnya.

FMT sebelum ini melaporkan bola tenis merupakan ‘gaji lumayan’ yang ditunggu semua enam ekor anjing pengesan selepas selesai menjayakan apa jua tugasan SAR.

Selain Denti dan Frankie, unit K9 turut dianggotai Blake, Groose, Pop dan Lady – yang begitu popular ketika misi SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, 16 Dis lalu.

Menurut Tony, sebaik bencana gempa bumi dilaporkan di selatan Turki serta kawasan utara Syria pada awal Isnin lalu, unit K9 mula dipersiapkan dengan menjalani latihan yang lebih ketat.

“Kita buat macam biasa latihan tapi kita tingkatkan (latihan) dan tekankan untuk pengesanan. Berkemungkinan operasi kali ini lama. (Mungkin) lebih lama daripada SAR Batang Kali,” katanya.

Selain Denti dan Frankie, Malaysia pada Rabu turut menghantar 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Anggota SMART bersiap sedia di KLIA untuk menyertai misi SAR ke Turki.
Terdahulu, seramai 75 orang anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dihantar ke Turki, pada Isnin.

Pengendali Frankie (baka English Springer Spaniel), Thivagaran Yutaman, 45, berkata dua ekor anjing itu akan dipantau dan kedua-duanya tidak akan dibiarkan keletihan sepanjang misi SAR berlangsung.

“Kita tak akan bagi dia penat. Kena tengok keadaan cuaca di sana macam mana. Mungkin kita buat dalam 15 minit (kerja mengesan). Kalau di sini (Malaysia) boleh setengah jam, mungkin tempat (Turki) sejuk jadi kita buat dalam 15 minit atau 10 minit dan bagi dia rehat”.

Media melaporkan hampir 6,000 bangunan di negara itu musnah dan setakat awal pagi Rabu dilaporkan angka korban mencecah 9,500 orang.

Gempa bumi di Turki berukuran 7.7 pada skala Richter melanda wilayah Kahramanmaras, diikuti gempa susulan 7.6 pada skala Richter yang menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Manakala Ketua Unit K9 JBPM, Donny Chap memberitahu FMT pihaknya menyediakan empat ekor anjing pengesan untuk diterbangkan ke Turki.

“Sebelum ini kita dah sediakan empat ekor (untuk ke Turki) tapi setakat ini kita hantar dua ekor dulu sebab kuota hanya untuk dua ekor, jadi kita ikut arahan terkini. Jika ada keperluan kita hantar lagi dua ekor,” ujarnya ketika hadir mengiringi anggota pasukannya berlepas ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Katanya, pelbagai kemudahan disediakan untuk Denti dan Frankie bagi memastikan kedua-duanya boleh bekerja dengan baik dan membantu misi SAR semaksima mungkin.

“Dari segi makanan, ubat-ubatan, PPE, sangkar, selimut, tilam semua kita bawa sekali sebab di sana cuaca dia sejuk. Kita takut anjing ini tak boleh sesuaikan diri jadi kita bantu dengan PPE, selimut dan tilam dia.

“Selain itu, kita berharap dapat membantu pasukan penyelamat lain di sana,” katanya. FMT

Denti, Frankie diterbangkan ke Turkiye untuk misi SAR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker