Rakyat mahu pengeluaran KWSP bersasar, Pemuda Umno beritahu PM

Rakyat mahu pengeluaran KWSP bersasar, Pemuda Umno beritahu PM

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sudah menyuarakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai gesaan rakyat menginginkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.

Asyraf berkata, hasrat itu disampaikan kepada Anwar yang juga pengerusi PH ketika mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, di Menara Dato’ Onn, malam tadi.

“Malam tadi sempat juga disuarakan beberapa isu yang menyentuh perihal kegusaran rakyat termasuk bersangkutan dengan tanggungan beban kewangan rakyat menjelang musim persekolahan baharu.

“Walaupun ada yang sinis bahkan memerli dengan mempertikaikan perjuangan kami waktu kerajaan terdahulu agar dibenarkan pengeluaran KWSP buat kali terakhir sehingga kerajaan waktu itu (pentadbiran Muhyiddin Yassin) akur dengan tekanan rakyat,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, Asyraf berpendapat pengeluaran kali ini memadai buat mereka yang cukup terkesan dan memerlukan.

Beliau berkata, ini kerana, kerajaan sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum menjelang penggal persekolahan baharu.

Dalam pada itu, Asyraf yang tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno menjelang pemilihan parti, berikrar sayap itu akan terus memperjuangkan suara dan resah rakyat.

Pada 4 Feb, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, berkata angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum dijalankan pihaknya.

Setakat ini, NGO berkenaan menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan, belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul memerlukannya, katanya. FMT

Rakyat mahu pengeluaran KWSP bersasar, Pemuda Umno beritahu PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker