2 Pertemuan: Selepas Anwar, Tengku Razaleigh pula mengadap Agong

 

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengadap yang di-Pertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas sesi Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya



Spekulasi menyebut Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang itu akan mengadap pada jam dua petang ini.

Bagaimanapun, pembantunya berkata, pertemuan mungkin akan berlangsung lebih awal.

Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.

Ku Li percaya Umno akan tinggalkan Bersatu pada PRU15



Dalam pada itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 2 petang hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan perkara itu dalam jemputan media menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, pada sidang media berkenaan Anwar akan melakukan pengumuman penting pasca sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi tadi.



“Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19,” katanya.

Peralihan Tampuk Negara: Senyum Anwar apa maknanya?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker