Bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia tanpa berdalih lagi, Johari gesa Goldman

Bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia tanpa berdalih lagi, Johari gesa Goldman

Goldman Sachs mengambil kesempatan atas “rundingan tidak mencukupi” yang dibuat oleh kerajaan terdahulu pimpinan Muhyiddin Yassin untuk menangguhkan pembayaran sejumlah besar yang masih terhutang kepada Putrajaya bawah perjanjian penyelesaian yang dimeterai lebih dua tahun lepas, kata bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani.

“(Goldman) harus membayar balik secara tunai baki USD1.4 bilion (RM6 bilion) kerugian 1MDB dengan segera, tanpa berdalih lagi,” kata Johari kepada Thomson Reuters.

Menurut laporan terbabit, perjanjian antara bank pelaburan Amerika Syarikat itu dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia akan menerima jumlah itu dalam bentuk aset 1MDB menjelang 2025, sebagai sebahagian daripada penyelesaian USD3.9 bilion (RM16.77 bilion) yang dicapai berhubung kerugian yang ditanggung oleh 1MDB.

Itu perjanjian yang tidak bagus bagi Malaysia, kata seorang pegawai undang-undang kerajaan yang tidak dinamakan kepada Reuters.

“(Kerajaan) sepatutnya menuntut wang tunai dalam bank, bukan aset. Mereka telah kehilangan inisiatif.

“Persoalan mesti dibangkitkan tentang cara kerajaan membuat perjanjian itu. Ini pertikaian yang hanya boleh diselesaikan dengan pendedahan (perjanjian tersebut),” pegawai undang-undang itu dipetik sebagai berkata.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk mendedahkan syarat-syarat perjanjian itu, yang setakat ini disembunyikan, didakwa kerana peruntukan kerahsiaan melarang ia diterbitkan.

Pertikaian antara bank itu dan Putrajaya tertumpu pada dua perkara – penilaian aset 1MDB, dan keengganan Malaysia untuk mengejar aset asing yang dikenal pasti oleh Goldman sebagai berkait dengan 1MDB.

Satu aspek pertikaian itu berkait dengan peruntukan dalam perjanjian yang menyatakan bank itu menjamin Putrajaya akan menerima aset 1MDB bernilai USD500 juta (RM2.15 bilion) menjelang Ogos tahun lepas.

Jika itu tidak tercapai, Goldman diwajibkan membayar bayaran interim sebanyak USD250 juta kepada kerajaan.

Bagaimanapun, pembayaran itu tidak dibuat, dengan Goldman dan kerajaan tidak bertelagah tenta g nilai aset yang dikenal pasti. Putrajaya berkata, aset-aset berkenaan hanya bernilai USD420 juta (RM1.8 bilion).

Goldman mempertikaikan penilaian itu dengan berkata, kerajaan Malaysia telah “secara sepihak” mengurangkan nilai aset-aset tersebut sebanyak USD80 juta (RM344 juta).

Bank itu juga mendakwa kerajaan enggan memasukkan aset besar lain apabila membutirkan hasil yang telah diperolehi semula.

“Goldman berpendapat Malaysia telah menerima USD500 juta, dan (kerajaan) nafikan,” sumber yang rapat dengan bank itu dipetik sebagai berkata.

Bank itu juga mendakwa Malaysia tidak berusaha keras untuk mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Anda perlu mengambil langkah untuk mendapatkannya. Ia tidak akan berlaku secara pasif,” kata sumber itu sambil menambah, Malaysia tidak “proaktif” dalam usaha meneruskan perolehan semula aset tersebut.

Dua minggu lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menuntut Goldman menghormati penyelesaiannya dengan kerajaan atas peranannya dalam skandal 1MDB. Katanya, bank itu tidak seharusnya menggunakan kekuatan kewangannya untuk menentukan syarat-syarat.

Dalam temu bual bersama Haslinda Amin daripada Bloomberg Television, Anwar menggesa agar Goldman menyelesaikan pertikaian berhubung perjanjian penyelesaian yang dimeterai pada Julai 2020 dengan Malaysia. FMT

Bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia tanpa berdalih lagi, Johari gesa Goldman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker