Akar umbi wanita mahu Shahrizat kembali ganti Noraini

Konflik yang melanda Wanita Umno baru-baru berpunca daripada rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pemimpin bahagian sayap itu terhadap Ketua Wanitanya, Noraini Ahmad yang didakwa gagal memartabatkan perjuangan wanita.

Demikian dinyatakan Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Melaka Haryaty Hamdzah, yang minggu lalu menggesa kepimpinan tertinggi sayap itu ditukar dan bekas ketuanya, Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap berkenaan.

Haryaty mendakwa ramai pemimpin wanita kecewa dengan Noraini yang dilihat tidak bermaya dalam memperkasakan Wanita Umno di peringkat nasional.

“Kita tahu kita alami kekalahan teruk (Dalam PRU). Ahli parti down, perlu disatukan dan dipulihkan untuk teruskan kerja-kerja parti ini, dalam masa sama memartabatkan dan mengarusperdanakan Wanita.

“Datuk Noraini gagal. Semasa calon meletakkan calon-calon untuk PRU, 11 peratus je lebih kurang (diberikan kepada Wanita). Jadi macam mana?” soalnya.

Mengulas lanjut, Haryaty juga mendakwa Noraini tidak mengetengahkan ahli-ahli Wanita Umno untuk diberikan peranan sewaktu dia memegang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Dia mendakwa Ahli Parlimen Parit Sulong itu hanya memberi jawatan yang kurang penting kepada pemimpin wanita, manakala pimpinan lelaki diberikan peranan lebih mencabar.

Menurut Haryaty, ini termasuk tidak diberikan peluang untuk menjadi ahli lembaga pengarah di universiti seluruh negara.

“Kebanyakan Ahli Lembaga Pengarah tu dia letakkan lelaki, ketua-ketua bahagian. Bukan ketua wanita bahagian.

“Lepas tu kita diletakkan sebagai penasihat kolej komuniti. Hampir semua ketua wanita bahagian diberikan jawatan yang tak mencabar itu.

“Pengerusi PTPTN, dia letakkan Datuk Apli, ketua bahagian (Umno) Kuala Nerus. Sedangkan Datuk Apli tu dia dah pegang banyak jawatan. Masih lagi bagi dia pegang pengerusi PTPTN, apa hal?” katanya.

Dia merujuk kepada pelantikan Apli Yusoff sebagai pengerusi PTPTN pada 18 Julai tahun lalu bagi menggantikan Wan Saiful Wan Jan, yang merupakan pemimpin Bersatu.

Haryaty berkata Noraini, yang memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi antara 2021 dan 2022, sepatutnya memberikan lebih kepercayaan kepada wanita untuk memimpin.

“Kalau dia sendiri tak nilai wanita untuk diketengahkan, jangan pertikaikan kalau wanita tak sokong dia,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Haryaty dilaporkan mengeluarkan kenyataan menggesa perubahan dalam kepimpinan Wanita Umno.

Dia mendakwa sebilangan besar pemimpin bahagian Wanita kini mahu Shahrizat membuat kemunculan semula dalam pemilihan parti akan datang dan memimpin mereka.

Kenyataan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh pengarah komunikasi Wanita Umno, Rosni Zahari, yang bertanya kepada anggota sayap itu sama ada mereka mahu maju atau mundur ke dengan membawa bersama Shahrizat.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Haryaty berkata keputusan untuk meminta Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno bukan dibuat seorang, sebaliknya secara bersama oleh sekumpulan pemimpin wanita bahagian.

Dia mendakwa daripada 147 ketua wanita bahagian yang bertemu Shahrizat secara peribadi sejak tahun lepas, sekurang-kurangnya 130 daripada mereka menyokong idea itu.

Shahrizat, yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pernah menerajui Wanita Umno antara 2009 dan 2018.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker