Dakwaan pengambilan pelajar politeknik tak ikut prosedur disiasat

Dakwaan pengambilan pelajar politeknik tak ikut prosedur disiasat

IPOH: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan kemasukan pelajar khususnya ke politeknik, kini dibuat secara datang terus (walk-in), tanpa melalui prosedur pengambilan ditetapkan.

Ketua Pengarah JPPKK, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata bagaimanapun sehingga kini beliau belum mendapat maklumat lengkap mengenai dakwaan itu.

“Kita kena laksanakan siasatan terperinci, (kerana) saya tidak mendapat maklumat yang lengkap,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK tahun 2023 di Politeknik Ungku Omar, di sini, hari ini

Beliau mengulas dakwaan beberapa pihak menerusi media sosial, kononnya pengurusan politeknik tertentu kini bergelut mencari pelajar baharu untuk mendaftar masuk hingga ada di antaranya menawarkan pendaftaran secara datang terus.

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka bermula hari ini hingga 28 Mac depan bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua, bagi kemasukan ke 36 politeknik serta 105 Kolej Komuniti seluruh negara.

Mohd Zahari berkata, tidak seharusnya timbul isu kekurangan pelajar mendaftar di politeknik dikaitkan dengan adanya program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kendalian institusi yang bernaung di bawah kementerian, jabatan, agensi, atau institusi lain.

Beliau berkata, institusi TVET, biarpun di bawah kementerian yang pelbagai, berperanan saling melengkapi antara satu sama lain, terutamanya susulan penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET) pada 2020 yang kini fungsinya diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Institusi TVET sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan atau yang lain, berperanan saling melengkapi satu sama lain dan tiada niat untuk saling bersaing.

“Semua agenda TVET termasuk dari segi keboleh pasaran graduan dan sebagainya akan diselaraskan di bawah MTVET,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Zahari berkata, POLYCC yang merangkumi institusi politeknik dan kolej komuniti masih menjadi penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu meliputi 40 peratus dengan kekuatan seramai 10,211 kakitangan serta 98,045 pelajar seluruh negara.

Menurutnya, POLYCC juga berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduannya iaitu 90 peratus sepanjang tiga tahun berturut-turut dengan sepanjang tahun lalu kadar kebolehpasaran graduan politeknik adalah 95.32 peratus dan 96.66 peratus bagi kolej komuniti. BH

Dakwaan pengambilan pelajar politeknik tak ikut prosedur disiasat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker