Polis Kedah bongkar eksploitasi PATI di lombong REE

Polis Kedah bongkar eksploitasi PATI di lombong REE

Polis berjaya membongkar kes penyeludupan manusia yang bertujuan untuk mengeksploitasi mereka di kawasan perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, aktiviti terbongkar setelah seorang lelaki dipercayai pengurus sebuah syarikat yang dilantik mengusahakan ladang hutan membuat laporan palsu tentang kecurian barang di kawasan terbabit yang sebenarnya disita oleh Jabatan Perhutanan negeri.



“Lelaki ini dipercayai ejen yang mengurus pekerja-pekerja yang dibawa dari negara asal sebelum ke kompartmen tersebut. Itulah proses yang menjurus kepada siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Polis juga sedang mengesan lelaki berusia 46 tahun yang melarikan diri bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar Hutan Simpan Bukit Enggang masih tertanya-tanya mengenai identiti dalang di sebalik kejadian curi REE di hutan itu seperti yang dibongkarkan akhbar ini.

Tambah Fisol, buruh haram berkenaan dipercayai diseludup melalui sempadan Malaysia-Thailand ke kawasan Kompartmen 12, Bukit Enggang di situ.



Mengulas lanjut, katanya, polis setakat ini berjaya menahan sembilan individu termasuk empat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di lombong berkenaan sejak 21 Jun lalu.

“Kita melaksanakan operasi khas mengesan suspek dan pada tarikh itu empat suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditangkap berusia 22 hingga 30 tahun. Pada 25 Jun pula, polis menangkap seorang lagi suspek warga tempatan di Baling.

“Dalam pemeriksaan itu juga polis berjaya menangkap empat PATI lelaki serta merampas beberapa peralatan disyaki bagi kegunaan melombong REE selain guni berisi mineral disyaki REE seberat kira-kira 99 kilogram (kg),” katanya.

Berikutan tangkapan dan rampasan tersebut, Fisol berkata, satu siasatan berasingan turut dijalankan di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.



“Empat suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Baling, semalam dengan 18 pertuduhan berasingan. Bagi pertuduhan di bawah Atipsom jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebatan,” katanya.

Pada April lalu, 52 lelaki warga asing ditahan dengan 40 daripadanya sudah didakwa di mahkamah berkenaan atas kesalahan menceroboh hutan berkenaan. Utusan

Polis Kedah bongkar eksploitasi PATI di lombong REE

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker