Mesyuarat paksa Wanita UMNO Bahagian sokong Noraini adalah fitnah

PETALING JAYA – Dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan ada Bahagian UMNO yang dipaksa memilih dan mengekalkan jawatan Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Ketua Wanita UMNO hanyalah tohmahan semata-mata.

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, setakat ini tiada mesyuarat ketua wanita negeri diadakan seperti yang dikhabarkan.

Malah katanya, jauh sekali paksaan pada ketua wanita negeri untuk memberi sokongan pada Datuk Seri Noraini dan angka yang disebutkan juga adalah tidak benar.

“Saya ingin tegaskan disini saya selaku Setiausaha Wanita UMNO Malaysia bahawa tohmahan semua ini adalah tidak benar sama sekali.

“Kebanyakan negeri yang menyatakan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Datuk Norliza Rahim untuk terus menerajui Wanita UMNO Malaysia adalah dengan kerelaan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rosni, keputusan yang dibuat itu juga seiring dengan usul yang dibawa di Perhimpunan Agung Wanita yang lalu.

Justeru, beliau berharap agar Wanita UMNO lebih fokus kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang bakal tiba.

“Wanita perlu tumpukan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan gerak kerja Jalinan Rakyat (JR) di enam negeri tersebut. Jangan biarkan pemilihan menjejaskan gerak kerja yang telah dijalankan,” ujarnya.

Terdahulu Rosni memaklumkan, pelbagai tohmahan telah berlegar di media sosial tentang sokongan terhadap Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Ujar beliau, ada ‘tabloid’ yang mengeluarkan kenyataan kononnya wanita dari Bahagian tertentu minta Datuk Seri Noraini untuk berundur diri dan ada juga yang mengatakan bahawa beliau telah memanggil mesyuarat memaksa Ketua Wanita Negeri menyatakan sokongan dari setiap wanita bahagian.

Selain itu, ada juga yang telah mengeluarkan angka sokongan terhadap individu yang ingin bertanding.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker