Khairy patut buat parti baru macam Syed Saddiq

Khairy patut buat parti baru macam Syed Saddiq

Khairy Jamaluddin boleh menubuhkan parti baharu seperti dilakukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membuktikan bekas ketua Pemuda Umno itu mempunyai “magnet” menarik anak muda, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi membuat gesaan itu susulan kenyataan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, pemecatan Khairy dan penggantungan bekas ketua penerangan Shahril Hamdan seperti menghapuskan “magnet” menarik sokongan orang muda terhadap parti.



Puad yang juga ADUN Rengit turut mempersoalkan kepimpinan Khairy ketika bekas Ahli Parlimen Rembau mengemudi sayap Umno itu.

“Ismail Sabri kata, KJ ada magnet. Umno rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong Umno?

“Mungkin anak muda sokong KJ, tetapi bukan pada Umno. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya di Facebook.

Puad secara sinis berkata, jika Khairy tidak berani menubuhkan parti baharu, bekas menteri kesihatan itu boleh menyertai Bersatu atau PAS demi kelangsungan politiknya.



“Kalau KJ kurang berani macam Syed Saddiq yang tubuh parti baru, KJ boleh ‘join’ Bersatu atau PAS. KJ boleh buktikan magnet dia ‘ok’. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya.

Pada 28 Jan Khairy dipecat kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15. Turut dipecat bekas ketua Umno Selangor Noh Omar.

Shahril pula digantung keahlian enam tahun bersama bekas naib presiden Hishammuddin Hussein, bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif dan pemimpin Umno Tebrau Maulizan Bujang. FMT

Khairy patut buat parti baru macam Syed Saddiq



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker