Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal

Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah, jika permohonan membatalkan perintah pembekuan akaun tidak diluluskan.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau belum menerima perkembangan lanjut, susulan permohonan pembatalan perintah itu yang dihantar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya pun tak pasti sama ada parti sudah tulis surat atau belum, walapum pastinya surat berkenaan akan dibuat dalam kadar segera. Waktu ini hujung minggu. Mungkin minggu depan kita akan dapat tahu jawapan dari SPRM.

“Tentunya perkara-perkara seperti ini (saluran perundangan) akan kami bincangkan dengan pucuk pimpinan, termasuk bersama Presiden untuk tindakan sewajarnya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya perkembangan terkini kenyataan Muhyiddin yang menjelaskan surat permintaan pembatalan perintah pembekuan akaun BERSATU kepada SPRM dihantar pada Khamis lalu.

Ahmad Faizal berkata, pembekuan akaun oleh SPRM memberi kesan sangat besar kepada BERSATU.

Beliau berkata, pemimpin parti itu tidak perlu mengumumkan secara terperinci sumber wang yang diterima BERSATU hingga membawa kepada pembekuan akaun itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM, bagi menjalankan siasatan.

“Saya sudah jawab tetapi saya fikir tidak perlu lagi saya jawab secara terperinci kerana tentunya pihak berwajib iaitu SPRM akan siasat,” katanya.

SPRM hari ini menjelaskan beberapa akaun BERSATU masih dibekukan kerana siasatan belum selesai. BH

Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker