Peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan – Anwar

Peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan – Anwar

Peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan, tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu akan diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri dan disalurkan secara berperingkat dan mengikut keperluan.



Katanya, ia termasuk untuk projek yang mendesak seperti pembaikan jalan yang rosak dan mendalamkan sungai.

“Peruntukan pembangunan akan diberi secara berperingkat ekoran kekangan ekonomi.

“Ada permohonan untuk melihat semula perkara ini, tetapi untuk projek yang mendesak, surau rosak, jalan atau beberapa isu seperti mengorek sungai dan hal yang penting, kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, jumlah peruntukan itu akan dinilai semula apabila keadaan ekonomi dan kewangan negara bertambah baik pada masa akan datang.



Anwar berkata ketika ditemui pemberita selepas beliau meluangkan masa untuk makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa, di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sebelum ini, media melaporkan, sumber berkata, peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan (back-bencher) untuk tahun ini dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan itu diambil berikutan beliau sangat tegas dalam isu tatakelola, rasuah dan salah guna kuasa.



Katanya, ia termasuk berkaitan kewangan parti politik seperti siasatan yang dijalankan terhadap akaun BERSATU ketika ini.

“Apa juga alasan, kamu (pemimpin BERSATU) kena jelaskan kepada rakyat, bagaimana parti politik boleh melakukannya. Bagaimana dalam keadaan COVID-19, ketika orang tiada kerja, tiada wang, parti boleh kumpul ratus-ratus juta.

“Kemudian, guna isu (memberi) tekanan… jawablah, betul atau tidak ada RM300 juta dalam akaun? Jika betul ada, dari mana? Mengapa boleh kumpul begitu banyak wang untuk parti dalam keadaan orang tiada kerja dan susah, bantuan terbatas dan projek dibatalkan,” katanya. BH

Peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker