Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
“Saya kekal mempertahankan jawatan (Naib Presiden UMNO),” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Universiti UCSI Kampus Cawangan Bangladesh di sini hari ini.
Dua lagi penyandang naib presiden ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata langkah permulaanya ke peringkat nasional itu mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan bahagian dan negeri serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Saya akan cuba memastikan ada kesinambungan, sekali gus membawa imej pemuda yang sentiasa lantang bersuara untuk kepentingan rakyat,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, ketika ditemui baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Johor sejak 2018 itu berkata bagi jawatan berkenaan, beliau dijangka berentap dengan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nazifuddin dalam saingan tiga atau empat penjuru.
Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang oleh Shahril Sufian Hamdan sebelum beliau digantung oleh parti selama enam tahun baru-baru ini.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lalu hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac ini. HM
Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini
- Shuib di salahkan kerana berat badan Watie naik 10kg
- ‘Sedekah pilihan raya’: SPRM sedang kenal pasti 90 individu
- Asyik ‘overtime,’ kena maki punca pekerja tikam mati bos
- Saya tak digantung Umno – Ismail
- Rashidi Ishak kembali berkahwin
- Bella dedah mesej Sophia
- Apa sudah jadi dengan imej ‘bersih’ PN?
- Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme
- Siapa 5 calon berpotensi sebagai Ketua Pemuda UMNO
- Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
- Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya
- ‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]