ADUN Bugaya, Manis Muka meninggal dunia

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, tengah hari ini.

Menurut sumber Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan malam tadi akibat menderita sakit buah pinggang.

Sumber Warisan berkata wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

“Beliau dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, Manis mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker