Pelantikan Nurul Izzah boleh jadi duluan tak baik – Ideas

Pelantikan Nurul Izzah boleh jadi duluan tak baik – Ideas

Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menjadi pihak terbaru menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Badan pemikir itu berkata, walaupun Nurul Izzah memiliki kelayakan berdasarkan latar belakang akademik dan pengalaman dalam politik, tetap ada tanggapan bahawa dia dilantik atas kedudukannya sebagai anak Anwar.



“Nurul Izzah sangat kompeten dan layak, mengambil kira pengalamannya sebagai ahli parlimen selama tiga penggal dan memiliki ijazah sarjana dasar awam dari universiti luar negara ternama.

“(Namun) pelantikan yang dibuat dengan cara ini adalah tidak produktif dan boleh membawa kepada persoalan berkaitan nepotisme, konflik kepentingan dan malah terhadap keputusan dasar awam yang akan dibuat oleh pentadbiran.

“Ia juga boleh menjadi duluan kepada pelantikan ahli keluarga yang lain, yang boleh terus menjejaskan reputasi kerajaan,” kata Ideas dalam kenyataan hari ini.

Menggesa kerajaan agar lebih telus dalam melantik penasihat, Ideas menegaskan reaksi bercampur terhadap pelantikan Nurul Izzah tidak mengejutkan memandangkan PH sentiasa berjuang ke arah tadbir urus yang baik.



“Ideas berharap walaupun ia bermasalah, pelantikan ini akhirnya adalah untuk kepentingan rakyat dan Nurul Izzah akan bekerja bersama kementerian yang berkaitan untuk mencapai reformasi yang sangat diperlukan negara.

“Ia termasuklah menangani isu struktur ekonomi yang sekian lama menjadi masalah negara, seperti cabaran perlindungan sosial, fiskal, pembaharuan cukai dan daya saing industri,” katanya lagi. Mk

Pelantikan Nurul Izzah boleh jadi duluan tak baik – Ideas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker