Umno Perak tidak akan bekerjasama dengan Pas

Umno Perak tidak akan bekerjasama dengan Pas

Seri Iskandar: Umno Perak memuktamadkan bahawa tiada kerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama yang terjalin buat masa ini adalah sebagai rakan dalam kerajaan negeri saja.

“Sebagai rakan dalam kerajaan, kita bekerjasama tetapi untuk pilihan raya kita pergi sendiri, muktamad,” katanya.

Minggu lalu, media melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Umno membuat keputusan untuk bergerak solo meskipun Pas mahu mempertahan Muafakat Nasional (MN).

Media turut melaporkan Saarani menyangkal dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menganggap kenyataan Ahmad Zahid bukan pendirian Umno secara keseluruhan.

Abdul Hadi menganggap kenyataan Ahmad Zahid tidak mewakili pendirian Umno secara keseluruhan berikutan parti itu masih mempunyai kepimpinan kanan serta ahli akar umbi.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti, selepas ia diwartakan di peringkat Persekutuan.

“Kita akan mengadakan selepas RUU peringkat nasional diwartakan, baru kita boleh panggil sidang DUN sebab kita akan menggunakan jadual lapan,” katanya. HM

Umno Perak tidak akan bekerjasama dengan Pas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker