Zuraida kembali ke PN?
Zuraida kembali ke PN?
Selepas lama menyepi ekoran kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tahun lalu, Datuk Zuraida Kamaruddin dilihat kembali bersama-sama ahli politik.
Beliau yang dilihat menghadiri majlis bersama-sama pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini mencetuskan persoalan mengenai hala tuju politiknya.
Kehadiran Zuraida menjadi tanda tanya samada beliau kembali ke pangkuan PN setelah pelbagai episod yang melanda karier politik bekas menteri tersebut.
Kelibat bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu dilihat bersama-sama Presiden Gerakan, Datuk Seri Dominic Lau Hoe Chai ketika sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Tun Dr Lim Chong Eu ibu pejabat parti tersebut di Pulau Pinang.
Zuraida dijemput sebagai tetamu khas pada majlis anjuran Gerakan negeri itu semalam.
Pada Disember lalu, bekas Ahli Parlimen Ampang itu dan Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad menjadi antara 11 individu yang digugur dan dipecat daripada parti berkenaan.
Mereka antara seramai 13 individu yang diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Disiplin PBM pada 19 Disember lalu.
Pemecatan individu berkenaan kerana gagal mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin PBM dalam tempoh tujuh hari.
Selain Zuraida dan bekas pegawainya iaitu Nor Hizwan, PBM turut memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.
Turut dipecat empat Ahli Majlis Tertinggi PBM, Abd Aziz Ab Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim. MG
Zuraida kembali ke PN?
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- 700 juta lebih tidak logik – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.