Penentuan 1 Syawal, bertenang, serah kepada pihak autoriti – Mufti

Penentuan 1 Syawal, bertenang, serah kepada pihak autoriti – Mufti

Masyarakat Islam dinasihatkan untuk kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dalam kenyataan berkata, hitungan ahli falak adalah sesuatu yang bersifat tidak muktamad dalam penentuan 1 Syawal khususnya.



“Keputusan akhir adalah pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 buah lokasi yang telah ditetapkan.

“Atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, saya selaku Mufti Selangor ingin menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini untuk menghormati semua proses yang telah ditetapkan serta menyerahkan tanggungjawab menentukan permulaan 1 Syawal 1444H kepada pihak berautoriti,” katanya.

Jelasnya, permulaan awal bulan Islam bergantung kepada kenampakan hilal (anak bulan) serta data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara dan penentuan awal Syawal di satu-satu negara tidak tertakluk kepada hasil kenampakan hilal atau data kedudukan hilal di negara lain. Sinar

Penentuan 1 Syawal, bertenang, serah kepada pihak autoriti – Mufti



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker