Pakai skirt pendek terbelah, pembantu Ahli Parlimen diarah keluar

Pakai skirt pendek terbelah, pembantu Ahli Parlimen diarah keluar

Seorang wanita dipercayai pembantu Ahli Parlimen dari Sarawak diarah keluar dari kawasan Parlimen kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika.

Pembantu itu ditegur lelaki dipercayai ketua keselamatan Parlimen susulan didapati memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Difahamkan, wanita berkenaan kali pertama hadir ke Parlimen.

Selepas beberapa minit ditegur, wanita itu dibawa pengawal keselamatan keluar dan diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam kawasan bangunan Parlimen, beliau perlu menukar skirt dipakainya.

Ketika ditemui pemberita, pegawai Parlimen terbabit yang enggan mendedahkan namanya, menjelaskan pemakaian wanita itu bertentangan peraturan ditetapkan Parlimen.

Katanya, beliau mendapat arahan daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk memantau pakaian di Parlimen supaya semua mengikut peraturan.

Beliau juga berkata, pengamal media juga diminta mengikut pakaian bersesuaian dengan peraturan seperti tidak memakai kasut sukan.

Dalam kod etika berpakaian, pelawat lelaki hendaklah memakai ‘lounge suit’ dan bertali leher dengan baju kemeja lengan panjang serta seluar panjang berwarna gelap.

Manakala, bagi pelawat wanita pula dikehendaki memakai baju kurung atau kebaya labuh, blouse berlengan panjang, selain seluar panjang dan memakai kasut bukan selipar. FMT

Pakai skirt pendek terbelah, pembantu Ahli Parlimen diarah keluar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker