‘Kerajaan Perpaduan’ mahu balas budi Zahid bantu Anwar jadi PM, hanya dakwaan liar Muhyiddin

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Muhyiddin menyifatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan itu hanya sekadar untuk membalas budi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membantu Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Ini dilakukan semata-mata kerana membalas budi Zahid yang berjaya memaksa ahli-ahli Parlimen BN memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Bukan setakat itu sahaja, janji Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan juga dibuang ke laut apabila Anwar melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Ini satu lagi kesilapan Anwar yang tanpa segan silu bercakap tak serupa bikin.

“Yang terbaharu apabila beliau melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Tambah Muhyiddin, tindakan itu juga jelas menunjukkan Ahli Parlimen Tambun itu mengkhianati semangat perjuangan reformasi yang didukung penyokongnya sendiri meskipun belum mencecah tempoh 100 hari pemerintahan.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh bahkan menyifatkan perbuatan Anwar yang melantik anak selaku penasihat itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

“Masih belum terlambat untuk Anwar memperbaiki keadaan. Letak jawatan sebagai Menteri Kewangan. Fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar.

“Lagipun skandal 1MDB tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, (Najib Razak) adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan yang sama,” jelasnya lagi.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu juga berpendirian Zahid wajar diarah untuk mengambil cuti rehat berikutan kes mahkamah yang dihadapinya masih belum selesai.

Kedudukan itu katanya akan mencalarkan imej negara apabila seorang Timbalan Perdana Menteri sedang berhadapan kes mahkamah sewaktu membuat lawatan kerja rasmi di negara luar.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa Nurul Izzah agar segera meletak jawatan selaku penasihat Perdana Menteri selain menyifatkan wanita itu masih mempunyai potensi yang besar dalam karier politiknya. – Awani

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker