Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
UMNO Bahagian Kota Raja enggan mengulas mengenai khabar angin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari berkata, soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.
Malah, katanya, perbincangan mengenai sebarang bentuk kerjasama juga dibuat antara kepimpinan tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.
“Setakat ini, kalau dilihat daripada keputusan ketiga-tiga DUN (di Parlimen) Kota Raja (pada pilihan raya lalu), merit kepada PH, jadi saya tidak dapat ulas sebab keputusan dibuat di peringkat tertinggi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum ini timbul desas-desus mengaitkan ada usaha membawa Tengku Zafrul bertanding salah satu DUN di Parlimen Kota Raja pada PRN Selangor.
Kamaruzzaman yang juga Setiausaha UMNO Selangor berkata, pelantikan Tengku Zafrul sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kota Raja dilakukan bagi memperkuat dan menyumbang bakti kepada bahagian berkenaan.
“Tengku Zafrul sebelum ini, sudah menjadi ahli UMNO sejak sekian lama, tetapi tidak aktif dan kemudiannya beliau bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).
“Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri MITI dan kami (UMNO Bahagian Kota Raja) merasakan beliau boleh bekerja dan membantu parti terutama UMNO bahagian ini,” jelasnya.
Pada PRU15 lalu, Tengku Zafrul menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor, bagaimanapun tewas dalam pertembungan sengit dengan penyandangnya dari Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Sinar
Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- 700 juta lebih tidak logik – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.