Pearly harap dapat kekal momentum

Pearly harap dapat kekal momentum

SELEPAS menjadi beregu wanita pertama Malaysia memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, gandingan Pearly Tan-M. Thinaah kekal dengan pendekatan merendah diri menje­lang kejohanan akan datang.

Beregu No. 11 dunia itu melakar sejarah tersendiri pada perlawanan akhir di Stadium Pierre de Coubertin, Paris malam kelmarin apabila mengejutkan juara dunia dua kali dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 18-21, 21-15.

Kemenangan itu juga sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan mereka dalam saingan Jelajah Dunia selepas kali terak­hir melakukannya pada kejohanan Terbuka Switzerland di Basel, Mac tahun lalu.

Justeru, Pearly menyuarakan rasa puas hati dan gembira atas kejayaan mereka merangkul gelaran Super 750 itu, namun mengakui, masih ada banyak kelemahan yang boleh diperbaiki bagi menghasilkan aksi lebih sempurna.

“Secara jujur, ini (kejuaraan) memang sukar dijangka, jadi kami rasa sangat gembira kerana dapat melakukannya. Bagaima­napun, masih ada ruang untuk kami tingkatkan permainan pada kejohanan akan datang.

“Harapan saya dan Thinaah sekarang adalah supaya kami dapat kekalkan momentum se­perti ini. Apa yang pasti, kami akan berlatih lebih kuat dan cuba untuk memperbaiki permainan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu memberitahu, dia dan Thinaah memberikan segala-galanya pada aksi final kelmarin, terutamanya pada set ketiga ketika Matsumoto-Nagahara cuba untuk mengejar kedudukan mereka.

“Pada penghujung set ketiga, saya dan Thinaah hanya percaya antara satu sama lain selain fokus mata demi mata. Keyakinan diri adalah kunci utama kemenangan kami di sini,” ujar Pearly.

Kemenangan itu pastinya menjadi pembakar semangat buat Pearly-Thinaah dalam memburu gelaran kedua berturut-turut apabila dijadualkan beraksi pada kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman yang bermula hari ini. K Online

Pearly harap dapat kekal momentum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker