Resepi Aiskrim Soda Sakura Viral

Resepi Aiskrim Soda Sakura Viral

Terdapat pelbagai jenis Aiskrim Malaysia yang ada di pasaran. Pada asalnya aiskrim ini hanya mempunyai warna berdasarkan perisa yang diinginkan tanpa campuran apa-apa ‘hiasan’. Namun, seiring dengan perubahan zaman ia telah diubah dengan pelbagai gaya dan kreativiti oleh si penjual seperti yang sedang tular ketika ini iaitu Aiskrim Soda Sakura.

Jika dilihat, aiskrim ini kelihatan unik, cantik dan menarik kerana mempunyai isi buah laici yang telah diletakkan sedikit pewarna mengikut kesukaan. Maka, buah laici itu kelihatan berwarna-warni. Jom lihat resepinya di bawah.



Tertengok satu perkongsian video di TikTok oleh @Khuzy. Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.

Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.

Buah laici pula, pertama kali beli keluaran Yusuf Taiyoob punya. Buat pesanan dari shopee sebab susah nak dapat. 100% sedap dan puas hati walaupun harganya lebih mahal daripada laici tin yang biasa. Berbaloi!

Cik Fieyza kongsi resipi di sini jika ada yang belum pernah cuba. Anggaran untuk 1 tin laici. Gandakan jika nak buat lebih.



RESEPI AISKRIM SODA SAKURA

BAHAN-BAHAN:

Laici dalam tin – 1 tin.
Air aiskrim soda – 1 botol.
Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
Tepung jagung – 1 sudu (larutkan dengan air).
Plastik aiskrim.
Pewarna pilihan.

CARA-CARANYA:



1. Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.
2. Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.
3. Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.
Siappp!
Sumber: Novelis Affieyza Isahak

Resepi Aiskrim Soda Sakura Viral

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker