Penilaian kerosakan rumah akibat banjir diperinci – Zahid
Penilaian kerosakan rumah akibat banjir diperinci – Zahid
PITAS: Penilaian kerosakan rumah bagi tujuan memberikan bantuan kepada mangsa banjir akan dilakukan secara terperinci untuk memastikan keutamaan diberikan kepada rumah terjejas teruk, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pejabat daerah dalam melaksanakan penelitian terhadap rumah yang rosak akibat dilanda bencana tersebut.
“Selepas penelitian kerosakan secara terperinci dilakukan, kementerian akan mengeluarkan peruntukan untuk membaiki rumah berkenaan. Namun peruntukan kita terhad, dan kita perlu cermat dengan memberikan keutamaan kepada rumah yang terjejas teruk,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan mangsa banjir kepada seramai 968 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pitas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zahid berkata kementeriannya juga sedang menilai kerosakan jalan-jalan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
“Sehubungan itu saya meminta kerjasama daripada ADUN, Ahli Parlimen, pejabat daerah dan kerajaan negeri agar usaha ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya” katanya.
Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pitas, Zahid berkata ia bertujuan meninjau beberapa kawasan di Sabah yang terjejas teruk akibat banjir.
“Walaupun keadaan semakin pulih atau ramai mangsa yang sudah kembali ke rumah masing-masing. Namun kini, kita berada dalam pasca banjir dimana kita akan memberi tumpuan kepada aktiviti pembersihan dan pembaikan terhadap rumah-rumah yang terjejas,” katanya. FMT
Penilaian kerosakan rumah akibat banjir diperinci – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]