Mahkamah ketepi perintah waris Sulu kerana ‘tipu daya’ mereka – Azalina

Mahkamah ketepi perintah waris Sulu kerana ‘tipu daya’ mereka – Azalina

Mahkamah di Luxembourg memutuskan untuk mengetepikan perintah penahanan yang diminta oleh waris Sultan Sulu kerana “tindakan” mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Dalam kenyataan, Azalina berkata mahkamah mendapati bahawa waris memilih untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka, sambil menambah bahawa “ketiadaan” itu adalah “penting” kepada mahkamah.



“Mahkamah mendapati bahawa tindakan penuntut untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka adalah sesuatu yang penting yang menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan keputusan yang mungkin dikeluarkan terhadap penuntut.

“Menurut mahkamah, tindakan penuntut tersebut adalah suatu ‘kesusahan yang jelas’ yang menjejaskan Malaysia,” katanya.

Azalina mengecam waris dengan berkata, penuntut secara konsisten menggunakan tipu daya dalam tuntutan mereka terhadap Malaysia.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Putrajaya akan meneruskan usahanya untuk melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia, di samping akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan palsu penuntut.



Sebuah mahkamah di Luxembourg Selasa lalu bersetuju mengetepikan perintah yang membenarkan pihak mendakwa diri mereka sebagai waris kesultanan Sulu merampas aset Malaysia.

Ini merujuk kepada dua anak syarikat Petronas yang dirampas oleh waris kesultanan Sulu tahun lepas berikutan pertikaian undang-undang dengan Malaysia berhubung pajakan ke atas Sabah yang belum dibayar.

Julai lalu, waris kesultanan Sulu mendapat perintah penahanan untuk merampas aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang didaftarkan di Luxembourg.

Tindakan waris kesultanan Sulu merampas aset Petronas itu adalah sebahagian daripada permohonan mereka untuk menuntut AS$14.92 bilion (RM63.34 bilion sehingga berita ini ditulis) daripada kerajaan Malaysia sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong bayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.



Waris Sulu pada mulanya membawa perkara itu kepada timbang tara Sepanyol pada Julai 2019, dan penimbang tara yang dilantik Gonzalo Stampa membuat keputusan memihak kepada pihak yang menuntut.

Keputusan itu kemudian digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg. FMT

Mahkamah ketepi perintah waris Sulu kerana ‘tipu daya’ mereka – Azalina

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker