Kopi pernah diharamkan dalam Islam. Ini puncanya…

Kopi pernah diharamkan dalam Islam. Ini puncanya…

Hangatnya secangkir kopi, ia lebih hangat lagi dengan kisah pengharamannya. Walaupun kopi adalah minuman ahli sufi, namun ia tetap tidak terlepas dari tempias kontroversi. Pada Abad ke-16 Ahmet Pasha, Gabenor Mesir telah membangunkan banyak kedai kopi sebagai projek umum bertujuan untuk meraih sokongan politik.

Malangnya kedai-kedai kopi yang tumbuh dengan banyak ini telah menjadi tempat masyarakat Arab berkumpul dan berhibur. Kesan dari itu masjid-masjid semakin kurang dikunjungi kerana mereka lebih suka memenuhi kedai-kedai kopi daripada memenuhi majlis-majlis ilmu di masjid.



Keadaan ini telah menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat Islam sehingga akhirnya pemerintah mengeluarkan fatwa haram terhadap minuman kopi dan kedai-kedai kopi. Namun larangan itu akhirnya dibatalkan pada tahun 1524 atas perintah penguasa Turki Uthmaniah iaitu Sultan Selim I dan Imam Besar Mehmed Ebussuud al-Imadi. Keduanya telah mengeluarkan perintah boleh minum kopi.

Walaupun begitu pada bulan Ramadan 1539, semua kedai kopi di Mesir telah dirobohkan atau diarah tutup selama beberapa hari. Sultan Murad IV yang memerintah pada ketika itu kemudian memutuskan untuk melarang adanya kedai-kedai kopi dan pelarangan ini disokong pula oleh ahli-ahli agama. Akan tetapi akhirnya penguatkuasaan itu terlerai juga kerana peminum kopi ini adalah golongan yang berpendidikan dan mempunyai kedudukan politik.

Walaupun semua usaha-usaha untuk mengharamkan kopi gagal tetapi masih sempat juga untuk Sultan Murad IV, khalifah kerajaan Uthmaniyah di kurun ke-17 menetapkan hukuman mati untuk kesalahan berkaitan kopi.

Sebab diharamkan



Sementara itu, Dr. Yasir Qadhi dalam satu wacana yang dipetik dari Youtube bertajuk “Looking Back as We Look Forward” turut menyatakan “Lima ratus tahun dahulu di Mekah, kopi yang menjadi minuman rutin bagi masyarakat Arab telah diharamkan. Sesiapa yang didapati minum minuman ini boleh dikenakan tindakan dan boleh dipenjarakan”

Larangan terhadap minuman kopi turut disokong oleh majlis ulama, sehingga mereka bersama-sama mengeluarkan fatwa pengharamannya.

Tambahnya lagi, antara sebab mengapa kopi dihukumkan haram kerana pada pandangan mereka ia mengandungi bahan toksin yang berbahaya. Kesan pengambilan minuman ini dikatakan melalaikan sehingga menjadi ketagihan.

Rata-rata masyarakat Arab pada ketika itu sering ke kedai kopi dari ke majlis ilmu dan ke masjid. Para ulama menyatakan keadaan ini boleh mendatangkan gejala tidak sihat seperti berjudi dan membuang masa, maka itu ia telah diharamkan.



Kerana ramai yang leka bersantai samnil minum kopi hingga kurang kehadiran jemaah di masjid dan majlis ilmu maka ulama sepakat mengharamkan pengambilan kopi atau qahwa.

Kopi pada era awal menerima tentangan hebat dari penguatkuasa agama. Pemerintah Mekah, Mesir dan Istanbul pernah cuba mengharamkan minuman kopi kerana ia merupakan sesuatu yang baru mereka temui pada waktu itu. Para ulama berdebat panjang untuk mengenal pasti sama ada kesan minum kopi itu sama seperti minuman arak.

Penentang-penentang kopi memegang kepada fatwa-fatwa dan pandangan kesihatan mereka, manakala pencinta kopi pula memperjuangkan nas-nas mereka. Perdebatan ini bukan sahaja merunsingkan golongan penguasa malah juga melibatkan orang awam yang sering kali beramai-ramai menyerang kedai kopi kerana terpengaruh dengan pandangan-pandangan syeikh mereka.

Bahkan terdapat juga sebahagian para ulama sampai berpandangan, kedai kopi itu lebih teruk daripada kedai arak. Tempat-tempat tersebut disyaki menjadi pusat-pusat hasutan membenci pemerintah.



Dihalalkan minum

Walaupun begitu terdapat satu kisah di mana pada suatu malam seluruh ulama telah dikumpulkan untuk berbincang tentang fatwa mereka mengharamkan kopi. Ketika perbincangan sedang berlangsung, mereka dihidangkan dengan sejenis minuman.

Sehingga lewat malam perbincangan berlangsung namun mereka kekal bertenaga. Salah seorang daripada ulama yang menentang kopi mula bertanya,

“Air apakah yang mereka minum ini sehingga mereka masih rasa bertenaga dan tidak mengantuk?”



Lalu pelayan yang menghidangkan minuman tersebut mengatakan ia adalah qahwa yang dikatakan haram. Akhirnya perbincangan memutuskan kopi halal diminum. Berdasarkan kepada kisah ini jelas Yasir Qadhi, antara punca utama mengapa kopi menjadi haram pada ketika itu kerana ketaksuban para ulama dan kerana mereka yang tidak mahukan perubahan. Dan akhirnya ulama menemui juga ijma’ yang pada asasnya minum kopi adalah harus.

Majoriti ulama tidak meragukan lagi kehalalan minuman kopi. Walaupun pernah ada yang mengharamkannya namun terdapat juga di kalangan para ulama yang menghukumkan ia halal diminum seperti Syidi Syekh Zakariya al-Anshori, Syidi Syekh Abdurrahman bin Ziyad, Syeh Zarruq al-Maliki al-Maghribi, Syekh Abu Bakr bin Salim at-Tarimi dan ramai lagi.

Mereka semua merupakan tokoh-tokoh besar sufi. Tidak hanya berfatwa bahkan mereka ada yang telah mengarang kitab yang isinya membahaskan khusus mengenai hukum kopi dan faedah meminumnya di antaranya Abdurrahman bin Muhammad al-Idrus dalam Risalah Inusi as-Shofwah bi Anfusi al-Qohwah. Utv

Kopi pernah diharamkan dalam Islam. Ini puncanya…



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker