Wanita berjanggut hidup bersama lima kekasih

Jessica D Czerwinski yang mempunyai janggut mendakwa dia kini mempunyai empat kekasih lelaki salin seorang suaminya. – mediadrumimages/JessatTheBeardedL

LOS ANGELES – Seorang wanita yang mengaku mempunyai janggut terpanjang di dunia berkata, dia kini menjalani kehidupan terbaiknya bersama lima kekasih lelaki, lapor portal berita Daily Star semalam.

Wanita itu, Jessica D Czerwinski, 37, yang tinggal di Amerika Syarikat  juga dikenali sebagai ‘Jessa The Bearded Lady’ dan mempunyai janggut sepanjang 38.1 sentimeter.

Janggutnya sekarang sebenarnya 11.43 sentimeter lebih panjang daripada pemegang rekod dunia ketika ini, Vivian Wheeler.

Jessica iaitu seorang personaliti televisyen kini menjalinkan hubungan jarak jauh dengan lima orang dan telah berkahwin secara sah dengan salah seorang daripada mereka.



Dia berkahwin dengan seorang pesara tentera marin AS berusia 71 tahun yang dikenali sebagai Paul. Jessica mengenali Paul ketika wanita tersebut berusia dalam lingkungan dua puluhan.

Wanita itu juga mengalami sindrom ovari polikistik dan fibromyalgia.

Sindrom ovari polikistik adalah keadaan yang mempengaruhi cara ovari berfungsi dan tanpa rawatan, ia membawa kepada masalah sistemik yang meluas seperti kehilangan tulang dan kanser.

Sementara itu, fibromyalgia adalah keadaan yang menyebabkan kesakitan yang meluas, keletihan yang melampau dan kemurungan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker