Tujuh mati ditembak dalam serangan rumah ibadat Yahudi
Tujuh mati ditembak dalam serangan rumah ibadat Yahudi
BAITULMUQADDIS – Seorang lelaki bersenjata Palestin menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan tiga yang lain di luar sebuah rumah ibadat di pinggir Baitulmuqaddis semalam.
Portal berita MailOnline melaporkan polis sebagai berkata, lelaki bersenjata itu tiba kira-kira pukul 8.15 malam (waktu tempatan) dan melepaskan tembakan ke atas orang awam sebelum dia dibunuh oleh polis Israel.
Imej di kaca televisyen menunjukkan beberapa mangsa terbaring di jalan raya di luar rumah ibadat berkenaan.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, manakala serangan itu berlaku pada Hari Peringatan Holokaus Antarabangsa tetapi seorang jurucakap pergerakan Hamas berkata, serangan itu ada kaitan dengan serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin, wilayah Tebing Barat.
Serangan itu menggariskan kebimbangan tentang peningkatan keganasan selepas pertempuran tercetus selama berbulan-bulan di Tebing Barat dan memuncak berikutan serbuan pasukan keselamatan Israel di Jenin Khamis lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin. K Online
Tujuh mati ditembak dalam serangan rumah ibadat Yahudi
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
Kecil-kecil jadi pembuli (Video)
You must be logged in to post a comment.