KJ beri reaksi balas terhadap pemecatan

Khairy Jamaluddin berkata pemecatannya daripada Umno dibuat tanpa mengikut proses sepatutnya.

Bekas ahli parlimen Rembau itu berkata dia tidak diberikan surat tunjuk sebab atau dibawa ke lembaga disiplin Umno sebelum dipecat.

“Sah tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab, tiada pendengaran disiplin. Dipecat secara terus dan secara sepihak oleh sebuah parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Hantaran itu turut memaparkan tangkap layar laporan berita yang mempersoalkan sebab yang membawa kepada pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin Umno semalam.

Turut dipecat adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, juga atas sebab melanggar disiplin parti. Seramai 42 ahli Umno lain turut dipecat daripada parti itu atas pelbagai kesalahan lain.

Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan Shahril Sufian Hamdan, bekas ahli parlimen Jempol Salim Sharif dan bekas Adun Tiram Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.

Terdahulu, Khairy menyuarakan hasrat untuk mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden dalam pemilihan Umno akan datang.

Ketika Perhimpunan Agung Umno pada 14 Januari lalu, dia mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk ‘pengundi hantu’ bagi meluluskan usul tambahan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

‘Siapa yang sangka?’

Sementara itu, Hishammuddin dalam satu hantaran di media sosial berkata “kejahatan mereka tidak boleh membuatkan kebaikan kita hilang”, namun tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus.

Dalam hantaran itu, dia memuat naik gambarnya sedang memujuk seorang ahli Umno.

Di hantaran itu, Khairy meninggalkan komennya dengan memberi galakan kepada Hishammuddin, berkata perjalanan mereka masih belum berakhir.

“Siapa sangka yang ini menjadi sebahagian perjalanan kita bersama.

“Tetapi seperti yang saya katakan, ini bukan penamatnya. Jauh sekali,” kata Khairy.

KJ beri reaksi balas terhadap pemecatan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker