Khairy mungkin masuk PKR

Khairy mungkin masuk PKR

Pelbagai spekulasi timbul berhubung hala tuju politik Khairy Jamaluddin selepas bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dipecat oleh parti.

Penganalisis politik, Lim Sian See meramalkan Khairy mungkin menyertai PKR sekiranya parti itu mahu menerimanya.

Beliau berpandangan, bekas Ahli Parlimen Rembau itu tidak mungkin menyertai Pas kerana parti itu tidak bersesuaian dengan imejnya.

“Namun PKR boleh menyebabkan UMNO tidak gembira sekiranya parti itu menerima Khairy sekali gus menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Selain Khairy, mesyuarat Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi turut membuat keputusan memecat bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

MKT UMNO juga memutuskan tindakan penggantungan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya diberikan surat tunjuk sebab.

Berhubung pemecatan Khairy, Sian See menyifatkan tindakan itu wajar dilakukan ekoran sabotaj yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkenaan.

Menurut beliau, seorang pemimpin sejati tidak sepatutnya mensabotaj parti sendiri secara terbuka semasa kempen pilihan raya umum (PRU) semata-mata untuk mememangi kerusinya sendiri.

“Seorang pemimpin sejati sepatutnya mengangkat imej parti dan rakan-rakan seperjuangannya bukan melakukan sabotaj.

“Siapa mahu mengundi sebuah parti yang dikatakan ‘sesat’, lebih-lebih lagi jika ia diisytiharkan sedemikian oleh seorang menteri dari parti yang sama?” soalnya.

Sian See menambah, perbuatan Khairy itu juga dianggap mementingkan diri sendiri dan lebih memburukkan keadaan, kenyataannya disiarkan secara meluas oleh media dan dibaca oleh semua pengundi di negara ini menjelang hari pengundian.

“Itu sahaja sudah cukup untuk pemecatan walaupun beliau dilihat agak popular dalam kalangan rakyat,” jelasnya. MG

Khairy mungkin masuk PKR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker