Mahathir yang ajar orang main politik wang
Mahathir yang ajar orang main politik wang
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya dipertanggungjawabkan atas gejala politik wang di negara ini.
Menurut beliau, walaupun bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyatakan dirinya bersih namun tiada sesiapa yang mempercayainya.
“Tun lah yang ajar orang bermain politik wang selama ini sehingga ia menjadi penyakit sistemik di negara ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Isham mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai individu yang yang bertanggungjawab meruntuhkan akhlak orang Melayu melalui amalan politik wang.
Beliau juga hairan dengan gelagat Dr. Mahathir yang masih meratib nama Najib walaupun bekas Presiden UMNO itu telah dipenjarakan.
“Dia (Najib) masih naik turun mahkamah untuk membersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan Tun,” jelasnya.
Isham memberitahu, negara ini perlu dibersihkan daripada sistem politik wang dan rasuah yang dikatakan berpunca semasa era pentadbiran Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri Keempat dahulu sekiranya ia ingin maju ke hadapan.
Beliau turut menasihatkan Dr. Mahathir agar membuang segala kebencian dari hatinya supaya dihormati semula seperti semasa mula berkecimpung dalam politik dahulu.
“Jika tidak, kebencian itu yang akan menghitamkan lagi hati dan jiwa Tun sehingga ke akhir hayat. Jika ini penghujungnya, maka pengakhiran ini adalah pengakhiran yang tidak baik.
“Sejarah akan melihat Tun sebagai seorang pembenci yang busuk hati,” katanya.
Namun, Isham percaya masa ada masa bagi veteran politik untuk mengubah keadaan dengan membuang yang keruh dan mengambil yang jernih serta menerangkan hati dengan solat dan membaca al-Quran. MG
Mahathir yang ajar orang main politik wang
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.