Speedy Tigers kena belasah

Speedy Tigers kena belasah

ROURKELA: Skuad hoki lelaki negara bagaikan hilang taring apabila dibelasah 6-3 oleh Afrika Selatan pada aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 saingan Piala Dunia di Stadium Birsa Munda di Rourkela, sebentar tadi.

Tiada apa yang boleh digambarkan menerusi perlawanan berkenaan, yang menyaksikan banyak kesilapan berlaku terutama dari kapten pasukan Speedy Tigers, Marhan Jalil pada dua suku pertama perlawanan.

Afrika Selatan mendahului perlawanan dengan mudah 3-0 apabila menjadikan serangan balas sebagai senjata dan Malaysia hanya mampu melihat kehebatan pihak lawan.

Bradley Sherwood menjaringkan gol awal menerusi jaringan padang pada minit kesembilan manakala Guy Morgan menggandakan jaringan pada minit ke-17.

Afrika Selatan juga menjaringkan gol pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti.

Satu-satunya tindakan bijak adalah menerusi jaringan pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-35 – selepas Speedy Tigers hampir hilang keyakinan penuh di atas padang.

Jaringan padang Keenan Horne pada minit ke-43 dan pukulan penalti daripada Mustaphaa Cassiem selepas itu memastikan Afrika Selatan bakal membuat perhitungan dengan pemenang antara Jepun dan India.

Jaringan Razie pada minit ke-45 kemudian dibalas Bradley Sherwood pada minit ke-57 diikuti Firhan Ashari pada masa sama dan Afrika Selatan memuktamadkan kemenangan dengan 6-3.

Kekalahan itu bukan saja menyaksikan Malaysia kini dijadual beraksi dalam aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16 tetapi juga hilang mata ranking selepas tewas di tangan Afrika Selatan yang berada di ranking ke-15 dunia. BH

Speedy Tigers kena belasah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker