Khairy tolak pelawaan PAS

Khairy tolak pelawaan PAS

“Saya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO.”

Itu penegasan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada BH ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk bekas Menteri Kesihatan itu menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.

Sambil mengucapkan terima kasih atas pelawaan itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan akan terus kekal dengan UMNO.



Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata PN dan PAS bersedia menerima Khairy jika dikenakan tindakan penyingkiran oleh partinya.

Beliau berkata Khairy boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.

Katanya, seluruh kepemimpinan PAS dan PN menganggap penyertaan Khairy dalam gabungan itu diibaratkan sebagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Difahamkan, UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam esok bagi membincangkan tindakan ke atas Khairy, menyebarkan dakwaan palsu mengenai kewujudan ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, pada pertengahan bulan lalu.



Ahmad Samsuri turut mengakui Khairy adalah pemimpin hebat dan berfikiran terbuka serta mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang. BH

Khairy tolak pelawaan PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker