PAS sedia terima Khairy

PAS sedia terima Khairy

Belum pun ditentukan statusnya sebagai ahli Umno, sudah ada pintu yang terbuka buat Khairy Jamaluddin jika dia ditakdirkan dikenakan tindakan oleh Umno.

Hari ini salah seorang pemimpin kanan PAS berkata, bekas menteri dan ketua Pemuda Umno itu boleh menyertai mana-mana parti dalam Perikatan Nasional.

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Khairy merupakan seorang tokoh yang “hebat” serta berfikiran terbuka”.

Seperti dipetik BH Online di Kuala Terengganu hari ini, Ahmad Samsuri berkata dia melihat Khairy – yang gagal memenangi kerusi parlimen Sungai Buloh pada PRU ke-15 lalu – adalah orang yang mampu menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Pandangan saya adalah Khairy pemimpin yang mampu melaksanakan pelbagai agenda kepada rakyat.

“Kita (PN) mengalu-alukan dan bersedia menerima penyertaan Khairy untuk bersama dengan PN,” katanya.

Khairy merupakan antara tokoh yang dilihat sebagai berpotensi menjadi pemimpin pelapis dalam Umno sehinggalah dia terpaksa bertanding di Sungai Buloh dalam PRU kawasan kubu kuat PH tahun lalu.

Berbanding kerusi selamat – Rembau – yang disandangnya selama ini, Khairy membuat percaturan yang berisiko tinggi apabila datang ke Sungai Buloh.

Walaupun berjaya mendapat undi yang banyak di Sungai Buloh, ia belum cukup untuk memenangkan bekas menteri kesihatan tersebut.

Khairy juga dikenali sebagai ahli politik yang lantang dengan kejadian terbaru dia menyuarakan rasa tidak senang terhadap usul dikemukakan perwakilan dalam persidangan tahunan Umno baru-baru ini.

Usul itu ialah mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Pemimpin tertinggi Umno akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok dan mungkin akan membincangkan isu Khairy yang dianggap melanggar disiplin parti.

Ahmad Samsuri berkata pemimpin parti dalam PN sentiasa bersikap terbuka dan menerima mana-mana pemimpin politik atau individu untuk bersama mereka “melaksanakan pelbagai agenda kepada rakyat.”

Menter besar Terengganu itu juga dilaporkan berkata, pihaknya akan menyambut baik jika Khairy memilih untuk bersama mereka, ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Mk

PAS sedia terima Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker