Malu kopiah atas kepala tapi sebar fitnah – Shaiful Hazizy
Malu kopiah atas kepala tapi sebar fitnah – Shaiful Hazizy
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan supaya tidak menghasut serta menakut-nakutkan rakyat tentang perkara yang tidak benar.
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin memberi nasihat itu ekoran dakwaan Muhammad Sanusi berhubung kemungkinan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di negeri itu.
Menurut beliau, sebagai ketua kerajaan negeri, Muhammad Sanusi tidak sepatutnya mengambil fakta separuh masak dan menjadikannya sebagai kesimpulan akhir.
“Minta para pegawai jangan malas cari jawapan, buat semakan fakta. Malu ‘kopiah’ atas kepala tapi sebar dan buat fitnah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Shaiful Hazizy mengulas tentang rakaman video tular yang memaparkan Muhammad Sanusi mendakwa pilihan raya PBT adalah matlamat terbesar DAP dalam aspek perumahan dan kerajaan tempatan.
Beliau berpandangan, kenyataan Muhammad Sanusi tersebut adalah bersifat spekulatif dan hanya tuduhan rambang semata-mata.
Pada masa yang sama, Shaiful Hazizy menegaskan, UMNO Kedah tidak akan teragak-agak untuk menyatakan pendirian membantah dan menentang sebarang cadangan yang menjurus, sama ada secara langsung atau sebaliknya, ke arah mengadakan pilihan raya PBT.
“UMNO telah berkali-kali menyatakan pendirian tentang perkara ini sebelum ini dan pendirian tersebut masih teguh dan tidak berubah,” jelasnya.
Beliau juga yakin Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menumpukan seluruh kepakaran dalam menangani isu rumah mampu milik dan isu ketidaksepadanan antara bekalan dan permintaan dalam industri perumahan berbanding agenda pilihan raya PBT.
“Agenda perumahan mampu milik telah menjadi antara agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN) pada setiap belanjawan tahunan, Rancangan Malaysia serta manifesto BN ketika pilihan raya,” katanya. MG
Malu kopiah atas kepala tapi sebar fitnah – Shaiful Hazizy
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
Kecil-kecil jadi pembuli (Video)