Resepi Sos Pencicah Thai Padu

Resepi Sos Pencicah Thai Padu

Resepi Sos Pencicah Thai ini sangat viral di media sosial. Dan ramai yang ingin mencuba resepi ini. Dengarnya resipi ini asalnya adalah dari sebelah thailand.

Kalau dah sos thai, pasti ramai penggemarnya. Jom kita lihat perkongsian resipi dari Nur Haslifalina melalui laman facebooknya. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya kan.



Sos pencicah Thai ini juga sangat sesuai dibuat bersama daging harimau menangis, kerang rebus atau bakar, lokcheng, dan macam-macam yang untuk hidangan rebus dan bakar.

Bahan-bahan:

Bawang putih: 7-8 ulas
Cili : bergantung tahap kepedasan masing-masing
Akar pakchi @ketumbar
Limau nipis 6-7 biji
2 sudu sos ikan

Cara-cara:



1. Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Boleh guna chopper, kalau malas nak tumbuk.
2. Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.
3. Perah limau nipis, letak gula, garam sikit je dan perasa.
4. Daun ketumbar dipotong dan gaulkan sahaja. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan sekali daun ketumbar tu.

Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam.

Siap untuk dihidang kedua-duanya! Mudah je kan. Nak lagi pedas boleh letak cili padi yang banyak perah pula limau lebih sikit.
Selamat mencuba!

Resepi Sos Pencicah Thai Padu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker