Kor Ming pertahan keputusan bawa masuk Pakar Perumahan Singapura dalam negara
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menafikan dakwaan bahawa langkah membawa masuk pakar dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam di Malaysia.
Nga sebelum ini mendapat kecaman daripada beberapa pihak yang mendakwa dia mempunyai agenda perkauman untuk menindas masyarakat Melayu-Islam menerusi tindakan membawa pakar tersebut untuk berkongsi kepakaran mengenai program perumahan di Malaysia.
“Tuduhan sesetengah pihak berkepentingan politik bahawa perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Jelas sekali tuduhan ini adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan,” kata Nga dalam satu kenyataan hari ini.
Nga berkata penjawat awam di KPKT sentiasa memberikan khidmat terbaik dengan menghasilkan pelbagai dasar seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik dan Program-program perumahan holistik untuk rakyat di negara ini sejak merdeka.
“Sehubungan itu, niat untuk menjemput pakar-pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa,” katanya.
Nga turut menjelaskan bahawa penglibatan Malaysia dengan HDB Singapura dimulakan sejak tahun 2015.
Tambahnya, Dasar Perumahan sedia ada yang dibangunkan pada masa ini merupakan hasil kerjasama Kementerian bersama pakar perumahan dalam negara seperti Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia, CIDB, para akademik dan penganalisis hartanah.
“Tidak salah untuk kita menambah baik dasar sedia ada berdasarkan best practices supaya polisi yang dirangka lebih komprehensif dan praktikal dilaksanakan mengikut acuan Malaysia,” katanya.
Pada 17 Jan lalu, Nga dalam temu bual dengan Astro Awani mengumumkan bahawa kerajaan Singapura telah bersetuju membenarkan kontraktor HDB untuk “memasuki’ Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan bulan depan bagi berkongsi kepakaran mereka.
Ini mendorong ahli majlis tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman mendakwa tindakan Nga mengancam kedaulatan negara, manakala Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan pula memberi amaran bahawa nasib Bumiputera akan berisiko jika model HDB dilaksanakan.
Sementara itu, Nga menegaskan kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat kenyataan berbaur fitnah dan menghasut.
Malam tadi, penyiar percuma Awesome TV melalui program berita perdana Berita 757 melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meluluskan rancangan untuk membawa masuk pakar HDB Singapura kerana Malaysia kekurangan pegawai kerajaan yang cekap.
Saluran berita itu berkata kelulusan itu dibuat susulan kenyataan Nga mengenai sesi perkongsian ilmu dengan pakar HDP Singapura.
“Kementerian telah mengarahkan agar saluran berita itu memohon maaf, membetulkan kenyataan mereka dan berpegang teguh kepada etika kewartawanan,” kata Nga.
Hari ini, Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, yang merupakan seorang arkitek bertauliah mempertahankan Nga.
Menurut, masyarakat Melayu akan mendapat manfaat paling banyak jika sistem perumahan HDB berjaya dilaksanakan pada kos yang lebih rendah.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.