Pesawah terima sumbangan BERNAS RM50 juta bulan depan

Pesawah terima sumbangan BERNAS RM50 juta bulan depan

Kerajaan akan mengagihkan bantuan khas daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebanyak RM50 juta kepada pesawah seluruh negara, menjelang Februari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata bantuan tunai RM250 setiap pesawah itu akan diagihkan secara berperingkat dan dijangka selesai diagihkan Mac depan.



“Bantuan khas pada tahun ini bagaimanapun tidak membabitkan pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah mula menerimanya secara berperingkat sejak tahun lalu.

“Seramai 219,402 pesawah di lain-lain negeri akan menerima bantuan khas BERNAS yang berjumlah RM50 juta pada tahun ini secara berperingkat mulai bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir sesi libat urus bersama peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Pengkalan Kundor di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan BERNAS bersetuju menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada kira-kira 150,000 pesawah miskin di seluruh negara untuk tahun lalu dan RM50 juta disalurkan pada tahun ini.



Mohamad berkata, bantuan khas itu adalah ihsan BERNAS selepas rayuan dibuat Pendana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu pesawah selain kelangsungan keterjaminan makanan negara.

Katanya, kerajaan sentiasa bersedia untuk membantu pesawah termasuk aspek infrastruktur bagi penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun seperti sedang diusahakan di Kedah.

“Kita juga mendengar keluhan petani dengan mengadakan sesi dialog bersama mereka. Contohnya, hari ini mereka bangkitkan soal potongan padi di kilang, soal racun yang kadangkala lambat tiba, apabila padi dah besar baru tiba racun. Jadi, kita cari jalan terbaik untuk selesaikan,” katanya. BH

Pesawah terima sumbangan BERNAS RM50 juta bulan depan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker