Kor Ming beri jaminan pilihan raya PBT bukan lagi keutamaan
Berdasarkan maklum balas, pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) semula bukan keutamaan rakyat pada masa ini, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Justeru, katanya, kementeriannya mengutamakan sara hidup rakyat dan isu harian, walaupun menyedari bahawa “pilihan raya ketiga” – selepas pilihan raya persekutuan dan negeri – adalah sebahagian daripada proses demokrasi.
“Kami faham bahawa pilihan raya kerajaan tempatan adalah cerminan demokrasi. Tetapi kita ada keutamaan.
“Perkara paling penting bagi saya sekarang ialah memulihkan ekonomi. Kita juga perlu memastikan jalan raya tidak berlubang-lubang, lampu jalan terang, tandas bersih dan longkang tidak tersumbat.
“Kerja saya bukan untuk fokus kepada keinginan saya, tetapi berdasarkan apa yang rakyat mahu,” kata Nga.
Dia berkata demikian semasa diwawancara dengan media Cina baru-baru ini, yang menyoalnya jika dia bercadang untuk memulihkan pilihan raya majlis tempatan semasa menjadi menteri.
Jelasnya, sebaik sahaja masalah asas rakyat diselesaikan, Pakatan Harapan boleh memperoleh kemenanganmudah apabila tiba masa yang sesuai dan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.
“Terus terang, jika (kita) mahu menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan, saya harus memastikan PH boleh menang dengan selesa.
“Bagaimana kita boleh mencapainya? Kuncinya ialah menjaga rakyat dengan baik terlebih dahulu, dan kamu kemudian boleh mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa,” tambah Nga.
Pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia ditangguhkan susulan Pengisytiharan Darurat semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1964, atas alasan kebimbangan terhadap ketegangan kaum di negara ini.
Akta Kerajaan Tempatan kemudiannya diluluskan pada tahun 1976, memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan dan, sejak itu sehingga hari ini, pegawai kerajaan tempatan, seperti presiden majlis perbandaran, datuk bandar majlis bandaran dan ahli majlis tempatan, dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing.
Pada sekitar tahun 1960-an, kaum Cina merupakan majoriti penduduk di kawasan bandar di Tanah Melayu.
Tetapi dalam bancian 2020, tiga perempat daripada penduduk Malaysia didapati tinggal di bandar, dengan kebanyakan penduduk bandar – lebih 62 peratus – adalah bumiputera.
Walaupun DAP parti pimpinan Nga telah memperjuangkan supaya pilihan raya majlis tempatan diadakan semula dan juga menyenaraikannya dalam manifesto mereka semasa pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008, ia tidak mendapat tempat dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU15 tahun lepas.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah berulang kali menentang pilihan raya majlis tempatan diadakan semula dengan mendakwa beberapa bandar didominasi oleh masyarakat Cina, dan alasannya, mereka akan membenarkan arak dan perjudian kepada orang Islam.
Disember lalu, ketika Nga mula bertugas sebagai menteri, dia juga memberitahu media bahawa memulihkan pilihan raya majlis tempatan tidak akan menjadi tumpuan segera kementeriannya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
- Sidang media Rafizi dijangka panas, rakyat menunggu bila ‘formula’ boleh berjaya
- Kalaulah Hadi kunci mulut
- Lelaki bakar rumah mentua, langgar bekas isteri
- Lelaki warga asing skodeng jiran mandi ditahan polis
- 35 terperangkap di tapak perkhemahan
- Hannah Yeoh maklumkan Allahyarham Abd Rani Osman sahabat sejati
- Nurul Izzah Anwar BerKongsi Berita Pemergian Bayi Dalam Kandungan
- Isu sedekah undi: PAS, rakyat Malaysia bukanlah bodoh
- Tetap Rasuah ‘Sedekah’ Pilihan Raya Kepada Pengundi – Azam Baki
- “Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar
- “Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh
- ‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran
Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.