21 nyawa terkorban kerana penyakit misteri

 

KABUL – Sekurang-kurangnya 21 kematian akibat penyakit misteri dicatatkan di Afghanistan.

Media tempatan melaporkan kesemua kes tersebut direkodkan di kawasan pergunungan Wakhan di timur laut negara itu yang bersempadan dengan Tajikistan dan Pakistan.

Susulan itu, ketua kesihatan telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti penyakit berkenaan.

Sementara itu, Afghanistan Times mendakwa penyakit misteri itu dikatakan mempunyai persamaan seperti Covid-19.

“Korban pertama dilaporkan kira-kira dua minggu lalu,” jelas laporan itu lagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kyrgyzstan yang tidak bersempadan dengan Kabul telah menghantar wakil ke wilayah yang kurang berpopulasi itu kerana bimbang ia mungkin akan merebak ke kawasan lain.

Kemunculan penyakit misteri itu didedahkan selepas sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Baghlan dalam tempoh sebulan akibat penyakit pernafasan.

Menurut laporan Bakhtar News Agency pada minggu lalu, jurucakap Hospital Baghlan mengesahkan 1,000 kanak-kanak mengalami masalah sama.

Pada November lalu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang menyokong 33 hospital di seluruh Kabul juga mendedahkan jumlah kanak-kanak dirawat akibat radang paru-paru meningkat lebih 50 peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Data rasmi menunjukkan kes tersebut melonjak sebanyak 35 peratus dalam tempoh setahun kepada 213,049 kes pada 2022.

Baru-baru ini, Afghanistan telah dilanda wabak kolera dan polio.

Ketua kesihatan Britain turut memantau kes demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) yang disebarkan melalui kutu dan boleh menyebabkan kematian sehingga 40 peratus kes. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker