TMJ Kesal Masih Ramai Tidak Prihatin Aspek Kebersihan, “Tolonglah Ubah Sikap!’

TMJ Kesal Masih Ramai Tidak Prihatin Aspek Kebersihan, “Tolonglah Ubah Sikap!’

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor, agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.

Dalam respons terhadap satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail nyata kesal apabila masih ramai yang tidak prihatin terhadap aspek kebersihan.

Kata Tunku Ismail, biarpun pasukan petugas sudah melaksanakan kerja-kerja pembersihan, ia tidak akan memberi impak besar jika orang ramai tidak memainkan peranan.

“Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah mindset dari membuang sampah merata-rata.

“Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa apabila percutiannya ke Tanjung Balau dicemari pemandangan tidak enak, dengan sampah sarap dilihat di segenap sudut kawasan pantai itu.

“Pengalaman Cuti-Cuti Malaysia saya menjadi buruk kerana sampah sarap yang dibuang merata tempat di Tanjung Balau.

“Kita kena lakukan sesuatu tentang perkara ini. Ia melampau dan sangat menyakitkan untuk dilihat,” tulisnya sambil meletakkan tag akaun Tunku Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. AA

TMJ Kesal Masih Ramai Tidak Prihatin Aspek Kebersihan, “Tolonglah Ubah Sikap!’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker