Tiga pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang

Tiga pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang

MELAKA: Tiga pengunjung Zoo Melaka cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkunjung ke lokasi pelancongan tersebut semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.40 petang itu, seorang lelaki berusia 43 tahun patah kaki kanan, manakala seorang wanita dan anak lelakinya masing-masing berusia 40 dan enam tahun mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata kejadian itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa berada di kawasan kandang harimau.

“Mereka sebelum itu menaiki kenderaan disediakan pihak zoo pada 2.05 petang dan sebaik tiba di kawasan kejadian tiba-tiba sebatang pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pihak Zoo Melaka dan agensi berkaitan mengambil langkah pantas membersihkan kawasan berkenaan.-BERNAMA

Tiga pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker