‘Sedekah’ Untuk Dapat Undi Pilihan Raya Itu Rasuah – Anwar

‘Sedekah’ Untuk Dapat Undi Pilihan Raya Itu Rasuah – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah, dan boleh merugikan negara serta masyarakat.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa semua pihak terutama ahli politik, pegawai kanan kerajaan serta badan penguatkuasaan perlu menghentikan amalan ‘merompak hasil kekayaan negara’.

Tambahnya, sekiranya ia boleh direalisasikan, potensi Malaysia mampu diangkat semula sebagai negara maju di rantau ini.

“Macam sebelum ini dalam ucapan saya sebut, komisen okey, curruption no, sekarang ada pulak (yang cakap) sedekah okey… ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat.

“Atas sebab itu saya tekankan negara (ini) mampu naik balik, saya percaya dan yakin Malaysia punyai potensi yang cukup baik untuk diangkat semula sebagai negara maju di rantau kita.

“Syaratnya hentikan sikap dan perangai sama ada pimpinan politik… sama ada penjawat awam di peringkat tinggi… atau badan penguatkuasaan… mesti dan wajib hentikan amalan rompakan kekayaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, di SPICE Arena, Bayan Lepas pada Isnin.

Pada Sabtu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilapor menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya oleh individu bukan calon tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Beliau dilapor berkata, pemberian terbabit adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Tambahnya, undang-undang juga telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Anwar menggesa kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar pembangunan yang lebih dekat dan memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat yang berada di dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Tambahnya, semua pihak juga perlu mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi selain menolak fahaman perkauman sempit yang menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini. AA

‘Sedekah’ Untuk Dapat Undi Pilihan Raya Itu Rasuah – Anwar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker