Tragedi Gong Xi Fa Chai, kanak-kanak lemas di kolam air panas

Percutian sebuah keluarga bertukar pilu setelah seorang kanak-kanak lemas ketika sedang mandi di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong, di sini kira-kira jam 8 malam Sabtu.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dipercayai mandi bersama kanak-kanak lain sebelum mangsa dikatakan hilang daripada pandangan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat kejadian memaklumkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia ketika sedang mandi di kolam berkenaan.

“Mangsa dikatakan mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga menyedari mangsa tiada di dalam kolam itu.

“Setelah mencari hampir 15 minit, pengunjung di situ memaklumkan menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam mandi dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kemudian dibawa keluar dan diberi bantuan awal pernafasan serta dikejarkan ke Hospital Baling.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital ketika mendapatkan rawatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan anak, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Shamsudin turut menasihati ibu bapa agar sentiasa berwaspada dengan tindakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama pada masa akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker